POKOK SENA - Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pinang dinobat juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Zon Pokok Sena 2019 apabila mengalahkan SK Pokok Sena B dengan keputusan 3 - 2.

Pada 5 – 7 Mac 2019 bertempat di SK Bukit Tampoi, Pokok Sena, Kedah telah diadakan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Zon Pokok Sena 2019.

Kejohanan ini telah disertai oleh 14 buah pasukan daripada 12 buah sekolah yang berada di PKG Pokok Sena. SK Bukit Tampoi telah dipertanggungjawabkan sebagai penganjur dan pengelola bagi kejohanan tersebut.

Pemilihan SK Bukit Tampoi hasil perbincangan Majlis Permuafakatan MGB Pokok Sena yang dipengerusikan oleh Abdul Roni Mustafa memandangkan SK Bukit Tampoi memiliki padang yang luas dan selesa untuk pasukan sekolah yang hadir bertanding.

Hal ini juga diakui sendiri oleh Guru Besar SK Bukit Tampoi, Mansor Idris.

Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari dan semua perlawanan hanya diadakan pada waktu pagi dan berakhir sebelum jam 11.30 pagi.

Ia berikutan cuaca panas yang melanda utara tanahair dan juga mengelakkan kejadian yang tidak diingini khususnya berkaitan strok haba.

Aspek keselamatan dan kesihatan murid merupakan keutaamaan setiap warga pendidik di Malaysia.

Setelah berlangsung perlawanan peringkat kumpulan dan suku akhir, sebanyak 4 buah sekolah layak ke peringkat separuh akhir.

SK Bukit Pinang menentang SK Pokok Sena B manakala satu lagi perlawanan melibatkan SK Wan Abdul Samad B menentang SK Bukit Pak Kiau.

Dalam perlawanan tersebut SK Bukit Pinang berjaya mengalahkan SK Pokok Sena B dengan keputusan 3 berbalas 2 dan SK Wan Abdul Samad B mengalahkan SK Bukit Pak Kiau dengan jaringan 1 berbalas 0.

Perlawanan akhir menyaksikan pertemuan antara SK Bukit Pinang menentang SK Wan Abdul Samad B. Dalam perlawanan yang sengit dan mendebarkan SK Bukit Pinang berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke 12 separuh masa ke-dua.

Perlawanan akhir ini juga turut disaksikan oleh penerima anugerah PUSKAS 2016, Faiz Subri yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

SK Bukit Pinang juga membolot hadiah untuk pemain terbaik perlawanan dan penjaring terbanyak bersama dengan murid SK wan Abdul Samad  iaitu adik Muhammad Aidel Iman Sabri dan adik Mohd Nabil dengan masing-masing menghasilkan 4 jaringan.