ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah semalam berkenan memasyhurkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampong sebagai Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin (KTESS) sempena nama baginda.

Turut berangkat pada Majlis Pemasyhuran Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin (KTESS) di Hutan Kampong ialah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff.

Keberangkatan baginda berdua disambut Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga, Zamri Yusuf dan Pengetua KTESS, Abu Seman Sharif Md Isa.

Abu Seman melalui sembah ucapannya berkata, lebih 600 pelajar Tingkatan Enam sedang mengikuti pengajian di institusi itu yang melibatkan sistem penilaian berdasarkan amali, kerja kursus dan peperiksaan.

“Pelajar turut diberi kemahiran menguasai teknologi komunikasi maklumat, teknik pembelajaran abad ke-21 dan mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi,” katanya.

Sultan Sallehuddin menandatangani plak pemasyhuran SMK Hutan Kampong sebagai Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin di dewan institusi pengajian itu di Hutan Kampong
di sini
.

Menurut beliau, usaha itu membolehkan mereka berdepan dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 yang menggabungkan digital, fizikal serta biologi.

Sehingga kini, KTESS mencapai 100 peratus lulus dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sebanyak 3.18 dengan 10 pelajar mendapat 4A pada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018.

KTESS kini menjadi pusat Tingkatan Enam yang menduduki tempat pertamadalam senarai Kolej Tingkatan Enam di seluruh negara.

Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehudin mencipta sejarah institusi pendidikan pra universiti di Kota Setar.

Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff bersama sebahagian pelajar pada Majlis Pemasyhuran KTESS.

Sultan Sallehuddin berkenan mengisytiharkan SMK Hutan Kampong sebagai KTESS pada Majlis Pemasyhuran KTESS.

Sultan Sallehuddin berkenan memasyhurkan institusi pengajian sempena nama baginda pada Majlis Pemasyhuran KTESS.

Sultan Sallehuddin menandatangani plak pada Majlis Pemasyhuran KTESS.

Sultan Sallehuddin berkenan  menerima cenderamata daripada Pengetua KTESS, Abu Seman Sharif Md. Isa.

Sultan Sallehuddin bersalaman dengan exco kerajaan negeri pada Majlis Pemasyhuran KTESS.
 

Baca:

Calon SPM SMK Datuk Hj. Abdul Samad ini menduduki ranking nombor satu Muay Thai

Dua guru cemas kereta terjunam ke dalam parit

Jika guru bijak berilmu... maka murid akan pintar, segak dan maju

KPM kaji pelaksanaan semula PPSMI - Ini penjelasan Dr. Mahathir di Dewan Rakyat

Cikgu ini sanggup bergelumang selut, tebang balak demi murid SK Ulu Lemanak (24 foto)