SINTOK - Seramai 10 pelajar orang kurang upaya (OKU) mendaftarkan diri untuk meneruskan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi sesi pertama 2016/2017.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pelajar istimewa yang terdiri daripada cacat anggota seperti tangan dan kaki, lumpuh, rabun serta percakapan kurang jelas adalah sebahagian daripada 4,114 pelajar yang mendaftar, semalam.

“Jumlah tahun ini lebih ramai berbanding tahun lalu lima pelajar OKU.

Untuk memudahkan pergerakan mereka, UUM menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan OKU, tandas dan pengangkutan ke kuliah,” katanya, pada sidang media.

Katanya, jumlah keseluruhan pelajar OKU di UUM lebih 20 orang dan mereka berpuas hati dengan kemudahan disediakan.

“Mereka yang terpilih ini memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi

Pelajaran Malaysia (STPM) dengan CGPA lebih 3.00 dan layak diterima masuk ke UUM,” katanya.