LANGKAWI - Bermula sekadar untuk mengisi masa lapang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tanpa diduga kolaborasi lulusan bidang muzik dari sebuah universiti awam,  Putra Iqmal Hashim bersama enam guru berjaya menarik perhatian ramai apabila klip video lagu raya mereka menjadi tular.

Menerusi projek #muzikdarirumah, Putra Iqmal bersama guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Melaka; SK Pulau Tuba dan SK Penghulu Ahmad di Langkawi bersama guru SK Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah serta guru SK Ayer Hitam, Pulau Pinang menyampaikan lagu dan bermain alat muzik dalam klip video lagu 'Salam Dunia' dendangan asal Datuk M Nasir.

Bercakap kepada Bernama, Putra Iqmal, 25, lulusan Ijazah Sarjana Muda Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, berkata idea untuk menghasilkan klip video itu bermula hasil perbincangan bersama rakannya yang juga guru SK Ulu Melaka, Mohd Mustaqim Muhaidi, 33.

"Mohd Mustaqim bertindak sebagai penyanyi, guru SK Pulau Tuba, Mohamad Azwan Mohd Arham, 35 (pemain gitar) serta Hasnulhadi Ibrahim, 33, (pemain gitar) dan guru SK Penghulu Ahmad Mohamad Firdaus Fadzil, 37, (percussion).

"Turut terlibat menjayakan klip video ini guru SK Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Ahmad Izzat Khairi, 34, (keyboard) dan guru SK Ayer Hitam, Pulau Pinang, Ammar Abd Aziz, 30 (seruling)," kata Putra Iqmal yang bermain bass dalam klip video itu.

Putra Iqmal yang kini bertugas sebagai Pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi berkata dia mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan klip video itu, sebelum memuat naik di laman Facebooknya sejak semalam.

"Saya terima ‘raw’ video enam guru terlibat yang dirakam di rumah masing-masing pada Isnin lepas dan mula buat susunan semula termasuk pastikan kualiti hasil yang sempurna, seterusnya hasilkan klip video berkenaan.

"Semuanya ambil masa tiga hari untuk siap, dan semalam muat naik di Facebook saya. Alhamdulillah setakat petang ini klip video berdurasi empat minit 19 saat itu sudah dapat 604 perkongsian, 102 komen dan 1,000 tanda suka," katanya yang berasal dari Kampung Ulu Melaka, Langkawi.

Mengakui tidak menjangka klip video itu mendapat sambutan baik, Putra Iqmal bersyukur usaha sekadar memenuhi masa lapang itu mendapat perhatian serta sokongan orang ramai.

Rata-rata komen memuji usaha yang dilakukan dan ternyata menghiburkan sesiapa sahaja yang mendengar.

Paling mencuit hati apabila aksi dua kanak-kanak comel yang turut sama mengikut aksi si ayah. Ramai yang komen terhibur dengan aksi comel mereka.

Tak kurang aksi seorang guru yang mengetuk tong namun bunyinya tetap mantap mengundang komen-komen lucu rakan-rakan.

Antara komen mereka:

" A** sedih Abang Daus ketok dengan b***** tong air saja...tapi bunyi jadi. Mantpp... Hahaha terbaiklah korang.. Ok situ boleh nampak anak bapak....paling syahdu latar Ammar Aziz angin lalu di pohon buluh.. Selamat Hari Raya lah korang..."

"Super kreatif.. Kredit kpd rakan2.. Tahniah.. 'Next' lagu apa.."

"Jommm cikgu 'jamming' jarak jauh!"

"Hebat cikgu...anda semua hebat...terbaik."

"Terbaik.......'Happy' je dgr lagu nie.... Rasa suasana nak raya tu. ..."

"Tahniah Putra dan semua cikgu-cikgu. Usaha terpuji."

"Woww... hebat...'Congrats' cikgu-cikgu semua..

Artikel berkaitan:

Cikgu yang pandai masak, pandai buat video PdPc, bolehlah buat e-book, ini cara tambah pendapatan

Pernah mengajar di pedalaman Sarawak, kini cemerlang di peringkat dunia

Cikgu Norhailmi kongsi lima tip video PdPc yang boleh menarik minat pelajar

Kenali 15 guru hebat dan handal, ikuti perkongsian Cikgu Fadhli mengenai mereka

LMS sebagai pelantar norma baharu pendidikan rendah dan menengah