PASIR PUTEH - Luluh hati seorang ibu apabila anak lelaki tunggal kesayangan keluarga hilang dalam kemalangan yang cukup tragis semalam.

Nik Hasmani Mohamad, 44, berkata, anak bongsu daripada empat adik-beradik itu terjatuh dari sebuah bas sekolah yang sedang bergerak ketika dalam perjalanan mengikuti bengkel Bahasa Inggeris di Bukit Keluang, Besut Terengganu.

Artikel berkaitan: 'Bas itu sepatutnya tidak boleh bawa kanak-kanak' - Ketua Polis Daerah Pasir Puteh

Menurutnya, dia dimaklumkan penganjur program tentang kejadian menimpa Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, sebelum bergegas ke Hospital Tengku Anis di sini.

“Saya hanya dimaklumkan bas yang dinaiki anak bersama rakan-rakan yang lain kemalangan, namun tidak dimaklumkan dia meninggal dunia.

“Saya dan keluarga hanya tahu dia sudah tiada sebaik tiba di hospital. Suami beritahu anak cedera parah di beberapa bahagian badan akibat digilis tayar bas,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

WAN MUHAMMED ADAM

Nik Hasmani berkata, anaknya yang mesra dipanggil Adam mulanya agak keberatan mengikuti bengkel tersebut dan tidak sangka itu petanda awal akan kehilangan arwah.

Katanya, Wan Muhammed Adam pelajar yang aktif di sekolah dan menyimpan angan-angan menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Sains Machang yang terletak berdekatan rumah mereka pada tahun hadapan.

Tambahnya, mereka sekeluarga menetap di Taman Desa Bakti, Bukit Belah, Machang dan arwah tidak mahu berjauhan dengan keluarga apabila ke sekolah menengah.

Murid Tahun Enam itu dikatakan bersama rombongan Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang dalam perjalanan ke Bukit Keluang, Terengganu bagi mengikuti Bengkel Bahasa Inggeris.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Wan Muhammed Adam dan beberapa rakan berdiri di bahagian hadapan bas berdekatan tangga sebelum lantai bas itu jerlus secara tiba-tiba dan mangsa terjatuh ke atas jalan raya.

Jenazah Wan Muhammed Adam diangkat untuk dibawa kedalam van jenazah selepas bedah siasat di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Belah Machang.

Nik Hasmani sebak di samping jenazah arwah anaknya Wan Muhammed Adam selepas bedah siasat di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.

Baca:

Bestari Karangkraf penuhi hasrat pendidik

'Tak boleh ustazah. Pagi ibu kalut masak dan malam saya ikut ibu pergi berniaga' - Netizen sebak

'Saya ke sekolah bergantung keadaan cuaca dan bot' - Petronas bantu murid SK Balambangan (5 foto)

'Jika bacaan tinggi pihak sekolah boleh ambil langkah awal selamat pelajar' - (4 foto)

'Ada yang terpaksa jalan kaki selama satu jam, naik bot dan redah hutan untuk ke sekolah'