KOTA BHARU - Biasanya anak yang bersungguh-sungguh meraikan pendidik sempena Hari Guru, tetapi hari ini (semalam) Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor, Pasir Puteh mencipta kelainannya.

Sekumpulan 15 ibu bapa murid SK Jelor memberikan hadiah hari guru istimewa kepada insan yang mendidik anak mereka.

Ibu bapa tiba seawal jam 8 pagi dengan membawa baldi dan kelengkapan membersihkan kereta.

Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Hisyam Daud berkata, ia dilakukan sebagai satu kejutan kepada guru yang selama ini mendidik anak.

“Guru tidak tahu kami hadiahkan kejutan ini. Kami buat sebagai simbolik menghargai jasa guru-guru.

“Kami mencuci 46 kereta termasuk empat motosikal ketika guru dan murid berada di perhimpunan,” katanya.

Sementara itu, Guru Besarnya, Zurina Ripin berkata, itu adalah kali pertama kehadiran ibu bapa secara beramai-ramai untuk sama-sama menyambut Hari Guru SK Jelor.

“Kami hanya sedar apabila mereka selesai membasuh kereta,” katanya.

Artikel lain:

Musibah keluarga pelajar SMK Setia Alam dan SK Setia Alam.. sumbangan orang ramai dialu-alukan

'Cikgu, ice box saya ada khinzir.' - Kerana terpaksa ini yang mereka buat selepas itu

Dua beradik juara seni khat.. warisi bakat bapa

Rahsia nota kecil ditulis pelajar 19 tahun.. cikgu ini kongsi isi nota yang buat hatinya tersentuh

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya..' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia