TANAH MERAH - Ramadan pilu. Hasrat seorang ibu untuk menghantar anak kedua ke sekolah tabika pagi tadi, tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan dengan kereta bersama dua anaknya dalam kejadian di Kampung Nibong di sini pagi semalam.

Dalam Kejadian jam 7.30 pagi, mangsa Norzurita Shah Kadir, 26 menunggang motosikal jenis Ex-5 dan dua anaknya, Muhammad Adam Mukhriz Adnan, 6 dan Siti Husna Qaisara Adnan, 4, membonceng motosikal berkenaan.

Mangsa dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Jeli untuk menghantar anaknya ke sekolah tadika, manakala pemandu kereta berkenaan dari arah bertentangan.

Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dirempuh dari arah depan selepas pemandu kereta terbabit terbabas masuk ke laluan mangsa.

Adik mangsa, Zulfazli Shah Kadir, 25, berkata kakaknya sempat singgah di kediaman keluarga, Gual Jedok untuk mandi pagi semalam.

“Namun saya tidak sempat berbual dengan kakak kerana dia sedang bersiap-siap untuk menghantar anaknya ke sekolah.

“Sehinggalah saya dikejutkan dengan berita kematian kakak dari penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di unit forensik Hospital Tanah Merah (HTM).

Zulfazli berkata, walaupun keluarga masih terkejut, namun kami reda dengan kejadian ini.

“Cuma kami terkejut kerana kejadian ini menyebabkan tiga kematian sekali gus, suami kakak Adnan Abdullah, 29, juga tidak dibenarkan datang ke hospital kerana masih lemah selepas menerima berita kemalangan itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, pemandu Proton Wira, warga Thailand berumur 25 tahun itu dipercayai dalam pengaruh dadah jenis pil kuda.

“Dipercayai suspek membawa muatan daun ketum seberat 150 kilogram dalam kereta Proton Wira berkenaan.

“Suspek membawa muatan daun ketum itu dalam but dipercayai untuk pasaran sekitar Tanah Merah,” katanya.

Akibat kemalangan itu, mangsa terjatuh dalam kawasan semak berhampiran dan tercampak sejauh lima meter antara satu sama lain.

Suzaimi berkata, suspek ditahan untuk tindakan lanjut dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987= dan Seksyen 30(3) Akta Racun untuk tindakan lanjut.

Artikel lain:

'Mana ma dan abah?' - Murid SK Kuang ini tak tahu ibu, ayah dan dua adik meninggal (8 foto)

'Apa yang saya reti masak saya masak untuk lima adik' - Murid taun enam terpaksa jadi ibu , ayah

Guru mohon doakan kesembuhan dua beradik, murid SK Kuang

Tular kisah ibu bapa Cina hantar anak ke tahfiz, ini cerita sebenar Mike ketika sekolah

'Pelajar cinta pertama dan adiwira saya' - Cikgu Yasmin buat Menteri Pendidikan kagum dan bangga