TUMPAT - Impian mahu berjaya dan membawa ibu bapa naik ke pentas untuk menerima keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi pembakar semangatnya.

Akhirnya, impian Siti Nurul Fadilah Muktar, 18, dari kampung Pasir Pekan Hilir itu menjadi kenyataan apabila dia memperoleh keputusan 8A.

Siti Nurul Fadilah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahmud Mahyidin berkata, dia tidak menyangka memperoleh 8A.

"Ketika peperiksaan percubaan saya hanya memperoleh 4A, apa-apa pun keputusan cemerlang ini hadiah kepada ibu bapa," katanya.

Siti Nurul Fadilah merupakan anak tukang masak antara pelajar cemerlang

Program  Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di bawah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

Seramai 90 peserta Empower ECER dari empat sekolah Menengah iaitu SMK Geting, SMK Berangan, SMK Sungai Pinang dan SMK Mahmud, lima daripadanya memperoleh 8A.

Siti Nur Fadilah berkata, kejayaan ini menjadi platform untuknya mengejar cita-citanya sebagai polis.

"Saya juga bersyukur terpilih menjadi peserta Empower ECER kerana bimbingan daripada pihak UiTM dalam latihan akademik membantu saya,  daripada 4A melonjak kepada 8A," katanya.