PENGORBANAN seorang pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian (SMKKK) yang menjaga ibunya sakit tidak pernah menghalang dirinya untuk melakarkan kejayaan.

"Alhamdulillah, berkat doa Ibu ayah saya  mendapat 9A ( 7A+ 2A) dan kejayaan ini saya hadiahkan buat mereka ."

Nurul Fatihah Zaidi, 18, berkata , ibunya menghidap asma sehingga tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan berat walaupun memasak. 

"Saya tak jadikan tugas menjaga ibu sebagai alasan untuk saya tidak sempat mengulangkaji pelajaran," kata anak bongsu daripada lima beradik ini.

Ayahnya hanya membuka kedai runcit secara kecil-kecilan.

"Hanya saya,ayah dan ibu berada di rumah. empat lagi kakak di universiti.  Oleh itu, saya yang bertanggungjawab menjaga ibu.," katanya.

Menurutnya,semasa guru mengajar di sekolah dia memberikan tumpuan dan menyiapkan kerja di sekolah dan paling penting jaga hubungan dengan ALLAH.

"Alhamdulillah,saya sangat gembira dengan kejayaan ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa,guru-guru, dan sahabat seperjuangan yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan membantu saya  dalam pelajaran.

"Saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang matematik di Universiti Malaysia (UM)."

"Harap saya mampu belajar dengan lebih cemerlang di universiti," ujarnya.