PASIR PUTEH - Karnival Jom Ceria Sekolah Kebangsaan (SK) Panggong meriah dengan pelbagai aktiviti yang mendapat sambutan memberangsangkan bukan sahaja daripada warga sekolah tetapi juga penduduk sekitar.

Karnival dua hari bermula 28 April itu turut disertai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pejabat Kesihatan daerah.

Selain dihiburkan dengan persembahan dikir barat, pengunjung juga berpeluang menyertai pertandingan yang diadakan seperti menjaring gol bola sepak dan bola jaring.

Karnival yang menyediakan pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah itu turut dimeriahkan dengan permainan soopa doopa, kereta dan motosikal elektrik.

Gerai jualan minuman menjadi tumpuan murid dan orang ramai.

Program JPJ Bersama Masyarakat mendapat sambutan pengunjung Karnival Jom Ceria.

Guru dan murid SK Panggong yang memeriahkan Karnival Jom Ceria di sekolah itu.

Antara gerai jualan yang dibuka sempena Karnival Jom Ceria.

Artikel menarik:

SK Sungai Kepar laksana Patrol Denggi Sukep basmi wabak denggi

Penyerahan laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan

Kereta terbabas, besi penghadang jalan menerobos kereta - Ramai ingat Cikgu Mat dan Cikgu Wan maut

Teater muzikal kanak-kanak Aladdin, setanding persembahan di Istana Budaya

Buku skrap Matematik lain daripada yang lain... cara ibu ini buat boleh dijadikan tujukan mak ayah