BACHOK - Kejayaan 14 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Perdana meraih keputusan 2.25 ke atas membanggakan warga sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Mohamed Azman Mohamed berkata, komitmen semua pihak membantu sekolah itu mencapai sasaran.

"Seorang pelajar meraih 3.50, dapat A dalam subjek Pengajian Am dan Sains Sukan, lapan pelajar meraih tiga prinsipal dengan pangkat 2.50 hingga 3.00 menerusi keputusan yang diumumkan baru-baru ini.

"Saya berharap SMK Dato' Perdana terus cemerlang dalam STPM untuk tahun-tahun mendatang," katanya.

Katanya, beliau berterima kasih kepada guru yang bertungkus lumus membantu pelajar prauniversiti sekolah itu.