PASIR PUTEH - Budaya membaca perlu terus dipupuk kepada generasi baharu bukan sahaja untuk keperluan akademik tetapi ilmu pengetahuan.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Harun Yusof berkata, konsep pencarian ilmu sepanjang hayat menerusi pembacaan perlu difahami.

“Salau di mana sahaja berada, membaca buku membantu seseorang menambah ilmu.

“Budaya membaca membantu kemenjadian murid, tanamlah minat ini dari awal lagi sehingga membaca menjadi amalan mereka,” katanya ketika melancarkan program Dekad Membaca Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pak Amat, kelmarin.

Program itu mendapat kerjasama beberapa pihak seperti Dewan  Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan SMO Book Express.

Harun berkata, membaca buku di merata tempat menjadi amalan rakyat negara maju dan ia wajar dicontohi.

“Masa penting kepada manusia, jangan kita sia-siakannya, isikan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti membaca buku,” katanya.