GUA MUSANG - Sebanyak 40 kek diagihkan ke seluruh sekolah di daerah ini bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan, Zulqarnain Zakaria berkata, sumbangan berkenaan merupakan salah satu inisiatif kepimpinan itu bagi simbolik sambutan.

Menurutnya, inisiatif tersebut dilaksanakan sebagai tanda ingatan dan menghargai pengorbanan guru.

“Untuk memenuhi majlis di semua sekolah yang diadakan serentak hari ini (semalam), adalah satu perkara yang mustahil," katanya.

Kata beliau, sumbangan itu diagihkan oleh wakil di setiap kawasan untuk diraikan bersama.

“Alhamdulillah, ia mampu memberi senyuman kepada para pendidik dan warga sekolah,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh 3.

Sebanyak 40 biji kek ditempah untuk sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Gua Musang.

Artikel menarik:

Musibah keluarga pelajar SMK Setia Alam dan SK Setia Alam.. sumbangan orang ramai dialu-alukan

'Cikgu, ice box saya ada khinzir.' - Kerana terpaksa ini yang mereka lakukan selepas itu

Dua beradik juara seni khat.. warisi bakat bapa

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya..' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia

Rahsia nota kecil ditulis pelajar 19 tahun.. cikgu ini kongsi isi nota yang buat hatinya tersentuh