KOTA BHARU - Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu SMKKB menyokong saranan  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)yang mahu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kekal dengan jawatannya, sekiranya berlaku rombakan kabinet.

Yang DiPertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Sultan Ismail, Nik Ahmad Shuami Nik Hassan berkata,PIBG menyokong penuh terhadap Maszlee kekal sebagai Menteri Pendidikan kerana telah menjalankan tugas secara berkesan dan penuh bertanggungjawab dimana kridibiliti Maszlee tidak dapat  dipersoalkan lagi.

"PIBG sekolah ini melihat saranan NUTP supaya Maszlee kekal sebagai Menteri Pendidikan sangat tepat memandangkan kridibiiti Maszlee amat  berwibawa,"katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya,menteri itu telah memainkan peranan penting untuk merealisasikan tugas Kementerian Pendidikan KPM dan semastinya beliau diberi peluang bagi jangka masa yang lebih panjang untuk melonjakan kecemerlangan KPM dimata rakyat dan kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau menyatakan, PIBG tidak akur sebarang perubahan  bagi jawatan yang disandang oleh Maszlee kerana pihaknya melihat beliau merupakan seorang pemimpin yang sukar ditukar ganti dan sangat berkelibar menerajui KPM.

Malah katanya,beliau seharusnya terus diberi peluang untuk memainkan peranan yang lebih besar ke arah matalamat mencapai cita-cita masa depan falasafah pendidikan negara yang semakin mencabar.

"Tidak dapat disangkal lagi keseluruhan para guru dan ahli akademik yang jelas  sikap mereka memberi sokongan pada Maszlee yang berjaya menyelesaikan isu-isu yang dihadapi para guru khususnya,kata yang juga bekas guru.

Artikel Menarik:

'Syafiqah, maafkan cikgu. Andai waktu boleh diputar... - Cikgu Koreayati luah kekesalan

Jauhi aura negatif di tempat kerja, guru ini dedah tiga tip yang boleh anda cuba...

Cikgu boleh amal tujuh tip ini untuk jadi guru yang disukai pelajar

150 guru terpilih Program Duta Guru - Selepas ini bahan PdPC lebih menariklah