RANTAU PANJANG - Pelajar Tingkatan Satu, Maahad Muhammadi Rantau Panjang mendakwa hampir diculik oleh tiga lelaki menggunakan van putih di Jalan Rantau Panjang Lama berhampiran Kampung Kedap di sini petang Selasa lalu.

Ketika kejadian 6.30 petang itu, Mohd Danish Iskandar Paudin, 13, dalam perjalanan untuk mengambil rambutan di rumah sepupunya.

Mohd Danish mendakwa, sebaik sahaja melalui lokasi kejadian, secara tiba-tiba sebuah van berwarna putih dinaiki tiga lelaki menghalang motosikal ditungganginya.

“Seorang daripada mereka keluar dan cuba tarik saya masuk ke dalam van. Saya tolak tetapi dia kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan melibas ke arah saya namun saya sempat elak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini kelmarin.

Sementara itu, bapanya, Paudin Harun, 58, berkata, dia berharap polis melakukan rondaan lebih kerap di Jalan Rantau Panjang Lama berhampiran Kampung Kedap supaya kejadian itu tidak berulang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintanden Ismail Jusoh mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel berkaitan:

Kes van putih sebenarnya tidak wujud: Lee Lam Thye

Ini cerita sebenar video tular van putih tunggu depan rumah babitkan seorang murid

Baca:

Pihak sekolah mohon maaf, guru besar janji tangani kes murid dibuli hingga berkerusi roda

Sangka bau sampah rupa-rupanya bangunan asrama Maahad Tahfiz Jabal Nur hangus

Mantap dan unik - Sekolah lain patut tengok persembahan johan koir antarabangsa ini (46 foto, 4 video)