KOTA BHARU- Seramai 28,528 calon mendaftar untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh Kelantan yang bermula hari ini.

Pengarah Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Fauzi Zahari berkata, daripada jumlah itu, seramai 26,927 murid (sekolah kebangsaan), 813 (sekolah jenis kebangsaan Cina); tiga calon (sekolah jenis kebangsaan Tamil), 63 (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan), 270 (Yayasan Islam Kelantan) dan 452 adalah calon swasta.

Menurutnya, semua calon akan mula menduduki ujian bermula hari ini, esok dan disambung semula pada 10 hingga 12 September di 446 pusat yang disediakan dengan melibatkan 2,391 petugas.

“Diharapkan semua calon UPSR tahun ini dapat menduduki ujian dengan sempurna dan membuat persediaan.

“Semua calon perlu menjaga kesihatan, pemakanan, mematuhi peraturan semasa peperiksaan, datang awal ke pusat peperiksaan dan menenangkan  diri sebelum menduduki peperiksaan,” katanya semalam.

Beliau berkata, JPN Kelantan membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan kes-kes luar jangka termasuk bencana alam dengan kerjasama semua agensi kerajaan dan swasta.

Artikel Berkaitan:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

11 tip 'awesome' hadapi peperiksaan - Sangat berguna untuk  semua calon UPSR

14 pesanan untuk calon UPSR 2019 - Mohon tidur dan rehat dengan cukup

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen soalan bahasa Inggeris penulisan UPSR

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam