GUA MUSANG - Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar di sini mengambil inisiatif mengadakan Program Kesihatan Membasmi Kutu Kepala dalam kalangan muridnya kelmarin.

Program anjuran Unit Kaunseling sekolah itu melibatkan 290 murid termasuk kelas pemulihan  dan pra sekolah.

Guru Besar SK Balar, Ab Hadi Sulaiman berkata, inisiatif  untuk membasmi kutu dibuat setelah melihat keperluan dalam kalangan murid.

“Kesemua murid dijangkiti kutu kepala dan mereka tiada sebarang rawatan atau ubat untuk membasmi kutu.

“Ada di antara mereka yang tinggal di asrama akan bergilir-gilir mencari kutu sama sendiri. Jadi, pihak sekolah mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan keselesaan mereka.

“Insya-ALLAH, kita akan terus memastikan kesihatan dan kebersihan murid-murid di tahap yang lebih baik,” katanya di sini kelmarin.

Sementara itu, guru pemulihan, Kamal Shahriman Md Yusof pula berkata, pelbagai cabaran dalam menguruskan murid-murid di sekolah pedalaman.

“Di kelas pemulihan, kita mempunyai 31 murid dan kesemuanya dijangkiti kutu kepala. Program ini sangat bagus bagi membasmi jangkitan,” katanya.

Artikel Menarik:

Cikgu SK Ulu Lemanak redah laluan balak 150km selamatkan murid dari jerebu teruk di Lubok Antu

Mahu murid menjadi lebih kreatif...ini ada 17 tip untuk guru-guru jadikan panduan

'Jika hanya dengan pembedahan saya dapat pulih, saya sanggup asalkan dapat fokus belajar'