KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan memuji usaha ke arah transformasi yang dilaksanakan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 3, di sini yang mewujudkan taman sumber dan penanaman jagung.

Pengarahnya, Abu [email protected] Zahari berkata, SK Sultan Ismail 3 menjadi sekolah rendah pertama yang menjalankan inisiatif mewujudkan projek pertanian itu dan berharap usaha berkenaan menjadi contoh kepada sekolah rendah lain di seluruh Kelantan.

“Pendekatan yang dijalankan oleh warga sekolah ini sangat bagus kerana ia bukan melihat kepada keuntungan tetapi bagaimana pihak sekolah melakukan kolaboratif dengan pihak luar dan kebersamaan dengan murid-murid.

“Guru-guru di sini juga mengambil inisiatif menggunakan barang terbuang untuk menjayakan projek tanaman mereka dan ini sesuatu yang perlu dicontohi bersama,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Kursus Pengurusan Taman Sumber dan TV PSS untuk Guru-Guru Perpustakaan dan Media Peringkat Kota Bharu dan Perasmian i3 Garden di SK Sultan Ismail 3 semalam.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu, Mohd Zamri Abdul Aziz; Guru Besar SK Sultan Ismail 3, Safura Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru SK Sultan Ismail 3, Profesor Madya Dr Mohammad Rusdi Mohd Nasir. 

Abu [email protected] (tiga kanan) menyempurnakan gimik perasmian program yang dilaksanakan di SK Sultan Ismail 3 semalam.       

Artikel menarik:

Sesi PdP pelajar Kota Setar, Kedah secara dalam talian sepanjang PKPD secara pentadbiran - Muslimin

Memberontak enggan ke sekolah, anak mungkin alami tekanan