TANAH MERAH - Pembelajaran tulisan jawi yang bakal diperkenalkan di sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina tahun hadapan merupakan usaha yang amat baik dan ia memberi peluang kepada pelajar bukan Melayu menguasai tulisan itu.

Artikel berkaitan: Isu tulisan jawi: Kerajaan akan timbang saranan perkenal kaligrafi lain di sekolah

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sokor di sini, Mohd Alias Yusoff berkata, usul yang dikemukakan pihak Kementerian Pendidikan mengenai kaedah pembelajaran jawi kepada kaum lain bukanlah satu isu malah ia pendekatan yang baik.

“Lagipun takkan hilang adat resam dan budaya bangsa lain dengan mempelajari tulisan jawi, maka usaha kementerian harus dipuji dan disokong.

“Sebelum ini kita pernah menggunakan tulisan jawi dalam akhbar dan ia merupakan bahasa surat yang digunakan sejak dahulu lagi, namun ia agak terpinggir kini dan semakin dilupakan.

"Kita orang Melayu pun ada yang tidak boleh membaca jawi,” katanya ketika ditemui selepas program kem jawi di SK Sokor di sini semalam.

Mengulas lanjut Mohd Alias berkata, kem berkenaan turut memberi pendedahan kepada guru berkaitan teknik dan kaedah pengajaran tulisan jawi yang betul dan lebih berkesan.

“Kita harap kem seumpama ini dapat mendedahkan murid untuk menguasai tulisan jawi dengan baik, sekali gus dapat menjadikan sekolah berada pada tahap yang lebih baik,” katanya.

Baca:

Nota poket Matematik Cikgu Shahril bantu murid skor A UPSR

12 muka surat nota ringkas Matematik UPSR Cikgu Nana

Warga SK Taman Sri Pulai gempar, bilik suis terbakar dan murid masih berada di makmal bersebelahan

'Bagaimanalah kami tak jatuh sayang pada kamu Syazwan' - Coretan sayu ustazah ini buat ramai sebak

Hentikan semua aktiviti luar kelas jika IPU lebih 100 - Ini kenyataan JAS