Jenazah Guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Selayang Baru Dua dan juga Timbalan Mudir Rumah Kebajikan Tahfiz Al-Habbah, Allahyarham Ustaz Mohd Nazeri Zakaria selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Aur, Telong, Bachok, Kelantan.

Menerusi perkongsian beberapa kenalan Allahyarham di facebook, Ustaz Mohd Nazeri seorang pendakwah yang sangat istiqomah, bapa yang penyayang, dan juga sahabat yang baik.

Malah, sebagai Timbalan Mudir di Rumah anak yatim fakir miskin Tahfiz Al Habbah, hidupnya juga banyak dicurahkan kepada ilmu dan anak-anak yatim fakir miskin Tahfiz Al Habbah.

“Ya ALLAH Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman”

Beberapa perkongsian beberapa kenalan di facebook juga sudah cukup membuktikan Allahyarham sangat disenangi oleh semua orang. Malah,  kehilangannya cukup dirasai oleh sesiapapun yang mengenali sosok tubuh yang banyak berbakti kepada agama ini.

Hadirin semua berwajah sugul

Dalam kejadian jam 7.50 pagi, 30 Mei lalu, kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dan Proton Exora dengan lori di kilometer 11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, telah meragut nyawa Ustaz Mohd Nazeri Zakaria.

Nissan Grand Livina dipandu Allahyarham bersama dua anaknya itu dari arah Jeli ke Gerik, sebaik tiba di lokasi kejadian, MPV berkenaan dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan. Kemudian dilanggar oleh Proton Exora dari arah Gerik ke Jeli sebelum lori yang berada di belakang Proton Exora merempuhnya.

Guru dan pendakwah yang banyak jasa

Perginya permata bernilai

Moga syurga buatnya

Sangat menghormatinya

Semoga Allah mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amalannya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan syuhada' dan solihin. Buat keluarga Allahyarham, moga diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian ini.