PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 akan diumumkan pada 5 Mac ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, calon boleh memperoleh keputusan SPM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh tersebut.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Semakan keputusan SPM 2019 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPM<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 5 Mac dan akan ditamatkan pada jam 6 petang pada 11 Mac.

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

Terdahulu, seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada 2019 di 3,313 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, 357,010 adalah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; 8,320 adalah calon sekolah dibawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM); 8,317 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 2,209 adalah Sekolah Menengah Agama Rakyat; manakala 14,203 adalah calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM; dan 26,357 adalah calon Persendirian.

Artikel Menarik:

'Kerana sering gatal kepala, Cikgu Aisham nekad kutip kutu murid. Buang tepi jijik, kotor, geli'

'Cutipun murid datang sekolah' - Rimba Kecil berjaya selesaikan masalah kehadiran SK Sayong Pinang

'Tak sangka dia boleh lukis macam ni' - Guru Bahasa Melayu terkejut tengok buku karangan pelajar

Patutlah hari persaraan dapat hadiah jongkong emas, bukan 'kaleng-kaleng' cikgu sukan ini

'Saya tak pernah makan ayam sesedap ini, cikgu' - Tangisan pelajar B40 buat ramai sedih