KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu menubuhkan pusat Tahfiz Mandarin atau Imtiaz Mandarin sebagai tanda komitmen negeri itu dalam memupuk perpaduan nasional.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penubuhan pusat Tahfiz Mandarin itu diharap dapat memberikan pengetahuan kepada pelajar yang menghafaz al-Quran dan seterusnya untuk memahami bahasa serta kelompok lain dalam membina negara Malaysia.

Menurutnya, di Terengganu hampir 97 peratus rakyatnya terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam.

“Pada masa yang sama kita cuba memahami kelompok bangsa lain yang menjadikan negara kita Malaysia ini satu negara yang unik.

“Sebab itu kita mengambil inisiatif menubuhkan pusat tahfiz di bawah kendalian Yayasan Terengganu.

"Pengambilan pertama pelajar adalah 50 orang iaitu 25 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan di Imtiaz Dungun pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2019 peringkat negeri Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini semalam.

Dr Ahmad Samsuri berkata, bagi pengajian di Imtiaz Mandarin, salah satu daripada mata pelajaran yang wajib adalah bahasa Mandarin di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata, terdapat kira-kira 530 pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Mandarin di sekolah di Terengganu dan mereka diberikan ruang untuk memasuki pusat tahfiz dan mengambil SPM di sekolah tahfiz kerajaan sepenuhnya.

Baca:

Soalan mudah Matematik (Kertas 2) upsr - jika 'cuai' banyak markah akan hilang

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Bawa balik kerang cantik dari Pantai Tanjung Batu - Pelajar Tingkatan Dua meracau, 'diganggu'