Kerja penyelenggaraan struktur Dewan SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru dijangka siap dalam masa dua bulan.

Merujuk laporan media berkaitan struktur dewan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth, Johor Bahru, Johor akibat dimakan anai-anai hari ini, Kementerian itu berkata, perkara tersebut sudah dalam perhatian.

“KPM telah memulakan tindakan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelengaraan sejak bulan Januari 2019 lalu. Kerja-kerja penyelenggaraan dijanga akan siap dalam tempoh dua bulan lagi.”

Selaras dengan hasrat memastikan persekitaran pembelajaran yang berkualiti diwujudkan terutama bagi murid berkeperluan khas, Menterinya, Dr Maszlee Malik telah meminta kerja-kerja pembaikan disegerakan sebaik perkara tersebut dibawa ke perhatian beliau.

Sehubungan itu, KPM sentiasa prihatin dan mengutamakan keselamatan dan keselesaan murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.