SETIU - Kejadian buli membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntung di sini telah diselesaikan di peringkat sekolah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, tiada laporan polis dibuat berkaitan kes terbabit daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, pihak sekolah memaklumkan kedua-dua belah pihak bertemu dan menyelesaikan kes secara baik.

“Kita anggap kes ini telah selesai, namun polis menasihatkan agar tidak berlaku kejadian buli atau memukul pelajar lain kerana polistidak teragak-agak menahan dan mendakwa sekiranya menerima laporan atau membabitkan kecederaan,” katanya.

Artikel berkaitan: 'Pihak sekolah sedang berurusan dengan ibu bapa dua pelajar' - Kata Ketua Polis Terengganu

 

Sinar Harian semalam melaporkan rasa tidak puas hati akibat ejek-mengejek dipercayai menjadi punca insiden buli di antara dua pelajar di sebuah sekolah menengah di Setiu yang rakaman videonya ditular di laman sosial Facebook sejak pagi kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian buli itu dipercayai berlaku tiga hari lepas membabitkan pelajar tingkatan dua dan empat.

Video berdurasi 10 saat yang tular menerusi media sosial itu memaparkan seorang pelajar menendang dan menumbuk mangsa bertubi-tubi .

Mangsa dikatakan pelajar tingkatan dua tidak mampu melawan ketika dibelasah pembulinya yang merupakan pelajar tingkatan empat sambil diperhatikan pelajar lain.

Baca:

Bersara selepas 34 tahun berkhidmat sebagai pendidik

'Dari kecil kita jaga hingga sekolah menengah, suka hati pula cikgu nak merotan' - Baca dulu

Tragedi bot terjunam ke dasar tasik - Perginya Cikgu Fauzi buat Cikgu Rahman rindu kenangan bersama

Jam 8 pagi, pelajar muntah dan sesak nafas - Guru terpaksa tenangkan pelajar

Insiden guru rotan pelajar yang menggelarnya Cikgu Pondan, ini reaksi Dr. Maszlee