1. Perkara dibenarkan:Ibu bapa atau penjaga perlu memastikan anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
  2. Guru-guru bertugas akan memeriksa suhu badan pelajar di pintu masuk sekolah.
  3. Pemeriksaan suhu badan juga akan dibuat kepada guru, warga sekolah dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.
  4. Murid perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang telah ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing.
  5. Murid perlu sentiasa jaga kebersihan diri, terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap.
  6. Meja-meja disusun pada jarak satu meter dalam kelas.
  7. Waktu rehat adalah secara berperingkat.
  8. Makanan dan minuman siap dibungkus.
  9. Murid perlu beratur mengikut tanda penjarakkan semasa membeli makanan di kantin.
  10. Murid akan makan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru.
  11. Ibu bapa atau penjaga digalakkan menyediakan bekal makanan untuk anak-anak mereka.
  12. Dalam bilik asrama, katil-katil disusun pada jarak satu meter.
  13. Penggiliran waktu makan akan dilaksanakan mengikut bilangan murid.
  14. Susunan meja di dewan makan akan turut mengambil kira keperluan penjarakan sosial.
  15. Pelajar yang didapati bergejala akan dibekalkan topeng muka dan perlu memakainya seperti garis panduan ditetapkan.
  16. Perkara tidak benarkan:Aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Begitu juga dengan perhimpunan sekolah.
  17. Anak-anak tidak sihat atau bergejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas, tidak boleh ke sekolah dan perlu dibawa membuat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.
  18. Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.