KOPERASI sekolah berperanan menjalankan fungsi pembudayaan keusahawanan pengurusan, pembuat keputusan bersama dan yang lebih penting mengutamakan kepentingan bersama berbanding agenda peribadi.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh berkata, pihaknya bersama Kementerian Pendidikan (KPM) dan semua pihak yang berkepentingan akan terus merancang program pembangunan bagi melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan menjelang 2030.

“Sehingga 31 Disember 2018, sebanyak 2,421 koperasi sekolah didaftarkan dengan kekuatan anggota seramai 1.6 juta orang. Jumlah saham sebanyak RM26.66 juta, aset terkumpul sebanyak RM365.55 juta serta perolehan yang dicatatkan berjumlah RM400.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pertandingan Young Entreprenuer Strive for Success (YESS) 2019 peringkat akhir di Genting Highland, Pahang.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Nordin berkata, sebanyak lima koperasi sekolah dikategorikan di bawah kluster sederhana yang mencapai perolehan melebihi RM1 juta dan ke atas.

Mengulas mengenai YESS 2019, Nordin berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan menganjurkan pertandingan itu melibatkan 14 koperasi sekolah seluruh negara berlangsung pada 24 hingga 26 September di Genting Highland, Pahang.

Artikel Lain:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid Tahun Enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

Kereta dipandu suami terbabas, guru SK Jerangsang maut di tempat kejadian

Doa untuk anak menghadapi peperiksaan

Teknik belajar saat akhir yang paut pelajar tahu... tapi jangan amalkan selalu tau