KUALA LUMPUR - Kementerian PembangunanLuar Bandar (KPLB) berhasrat  meningkatkan profesionalisme bagi guru atau Pemaju Masyarakat di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) daripada kelayakan diploma kepada ijazah sarjana muda.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata,  ia salah satu strategi di bawah Pelan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PKPPAK 2020-2030).

Katanya, terdapat kira-kira 70 peratus atau 9,387 daripada 11,196 orang guru memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

“Sepanjang tempoh 2019 hingga 2023, kementerian  menyasarkan seramai 835 orang mengikuti Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

“Itu sasaran bagi tempoh 10 tahun (memastikan guru Tabika Kemas memiliki ijazah sarjana muda) tetapi untuk bergerak ke arah itu kita kena pastikan semua guru memiliki diploma,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kemas TaLK 2019 Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kemas dan Pelancaran Pelan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2020-2030 di sini semalam.

Beliau berkata, peningkatan profesionalisme yang dirancang itu melibatkan  Pembantu Pemaju Masyarakat (PPM), Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarelawan (PPMS) dan jurulatih.

“Dalam tempoh 10 tahun antara tindakan yang  dirancang dalam PKPPAK ialah mendapatkan kelulusan  Jabatan Perkhidmatan Awam untuk jawatan tetap bagi Pembantu Masyarakat, PPM dan menaiktaraf PPMS kepada perjawatan tetap,” katanya.

Mengulas mengenai PKPPAK, Rina berkata, ia  hasil usaha kementerian dengan kerjasama kajian  daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak 2018.

“Ada sembilan strategi  menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran  di Tabika Kemas. 

“Ada dinyatakan bagaimana usaha kita meningkatkan komitmen ibu bapa dan memastikan program berjaya,” katanya.

Artikel berkaitan:

Insentif kepada guru yang menyambung pengajian ke peringkat master dan PhD

'Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan One-Off' - peringkat sekolah rendah dan menengah

31 cara mengawal murid dalam kelas oleh Cikgu Herryan Syah. Senang sangat!

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan