PUTRAJAYA - Insiden sebuah sekolah menerima  bekalan Jalur Gemilang  secara terbalik akan disiasat  oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkara berkenaan ditegaskan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik  menerusi ciapan di Twitter  miliknya semalam.

“Pihak KPM akan segera menyiasat perkara ini,” katanya.

Maszlee membuat ciapan itu sambil ulang siar  kenyataan seorang pengguna Twitter yang mendapat  maklumat pihak sekolah  menerima bendera berkenaan daripada pembekal.

Sementara itu, Ketua  Polis Negara, Datuk Seri  Abdul Hamid Bador berkata, pemasangan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara  terbalik di sebuah sekolah  di Pahang adalah perbuatan yang tidak disengajakan.

Beliau berkata, pihaknya  telah menjalankan siasatan  berhubung isu terbabit dan  mendapati pemasangan Jalur Gemilang itu bukan niat bertujuan mengaibkan atau merupakan satu manifestasi membantah di luar sekolah berkenaan.

“Saya difahamkan kes Jalur Gemilang yang diterbalikkan itu adalah kesilapan jujur dan ia dipasang oleh pekerja warga asing sekolah itu yang tidak memahami cara pemasangan bendera berkenaan.

“Saya meminta semua pihak supaya jangan cepat melatah dan jangan ada yang mengeksploitasi kes-kes sedemikian tanpa mendapatkan fakta sebenar,” katanya di sini semalam.

Abdul Hamid berkata, perbuatan berkenaan bukan sesuatu yang dirancang untuk memberi mesej-mesej yang tertentu.

“Saya tidak mahu beri amaran lagi kepada orang ramai. Kami siasat, kami kenal pasti dan terus tangkap,” katanya.

Baca:

Hafal fakta 'buruj' Sains (Kertas 2) UPSR - 11 nota mudah dan contoh soalan untuk  calon ulang kaji

'Kata kuncinya adalah hafal formula' - Ini peringatan penting cikgu Matematik kepada calon UPSR

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)

Teknik GPS cara Cikgu Shahrul... calon pasti dapat jawab dengan mudah Sains (Kertas 1) UPSR

Link Soalan Percubaan 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi