Putrajaya - Berikutan tular debat bahasa Inggeris Piala Tun Razak di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban Negeri Sembilan di media sosial sejak kelmarin dan turut mendapat liputan sebuah akhbar tempatan, Kementerian Pendidikan (KPM) tampil memberi maklum balas.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada GPS Bestari, SDAR memaklumkan bahawa panduan prosedur operasi standard (SOP) perdebatan telah diperjelaskan kepada ketua juri agar pemilihan tajuk debat tidak menyentuh sebarang sensitiviti agama, kaum, kebudayaan dan isu yang boleh menggugat keselamatan negara.

"Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati ketua juri iaitu Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, selaku panel pemilih usul tidak membuat sebarang perbincangan atau mendapatkan pandangan awal daripada pihak SDAR berkaitan dengan usul tajuk debat," katanya.

Justeru pihak KPM melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) juga sedang meneliti kemungkinan untuk mengambil tindakan terhadap kedua-dua pelajar berkenaan yang merupakan pelajar dari salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

"KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan secara sengaja atau tidak dalam menganjurkan program-program yang boleh mengganggu keamanan antara kaum dan agama," katanya.

Artikel lain:

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

'Eh, betul ke SMK Saujana Utama? Saya dsalah sekolah ni.' - Misi kejutan untuk pengetua berjaya!

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

10 persediaan menjelang peperiksaan - Cikgu Razali kongsi rahsia

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan