SHAH ALAM - KPM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa bekerjasama dalam membantu murid yang menghadapi masalah kesihatan mental (keresahan atau pun anxiety).

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata KPM mempunyai SOP untuk mengambil langkah yang wajar bagi menangani masalah mental yang berlaku dalam kalangan murid termasuk program pengesanan awal kesihatan murid berkaitan tahap kemurungan, anxiety, stres dan kemahiran daya tindak (coping skill).

"Selain itu, KPM sentiasa berusaha menambah baik program pengesanan dan intervensi awal bagi memastikan lebih ramai murid dapat dibantu daripada peringkat awal dengan meningkatkan bilangan pegawai bidang khusus dalam bidang seperti peripatetik, terapi pertuturan bahasa, terapi cara kerja, audiologi dan psikologi.

"Pelbagai program telah dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan kanak-kanak yang mempunyai masalah di sekolah seperti Program Kunjung Bantu, kerjasama antara Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas dan Genius Kurnia dan kerjasama antara Bahagian Pendidikan Khas, JPN dan PPD untuk melaksanakan program pengesanan murid di sekolah-sekolah dalam kawalan JPN," katanya.

Beliau menjawab isu kesihatan mental murid dan pengesanan awal kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah luar bandar yang dibangkitkan oleh Lukanisman Awang Suni ( Adun Sibuti), Syed Ibrahim Syed Noh ( Adun Ledang, Johor) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (Adun Rantau Panjang, Kelantan).

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Artikel lain:

KPM sentiasa beri perhatian, memastikan tenaga pengajar mencukupi

Cadangan mewujudkan perjawatan warden tetap di asrama akan dikaji

Insentif kepada guru yang menyambung pengajian ke peringkat master dan PhD

'Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan One-Off' - peringkat sekolah rendah dan menengah

KPM akan terus pastikan murid mendapat bantuan dan sokongan pendidikan relevan dengan keperluan