Putrajaya - Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan laporan sebuah akhbar mengenai 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) disyor tutup mulai tahun depan dan menyifatkan berita itu   tidak benar dan tidak tepat sama sekali.

Menerusi kenyataan media yang dihantar kepada GPS Bestari sebentar tadi, Ketika ini KPM berpandangan sebarang perancangan haruslah melibatkan semua pemegang taruh terutamanya pensyarah dan pelajar IPG.

"Ini termasuklah mengambil kira kesan jangka masa panjang dan masa hadapan landskap pembinaan pembangunan profesionalisme keguruan.

"Adalah tidak munasabah perkara seperti penutupan 21 IPG ini dibincangkan ketika KPM sedang berusaha melaksanakan penambahbaikan dalam latihan perguruan bagi meningkatkan kualiti latihan guru di negara ini," katanya.