JEMPOL - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan RM60,000 kepada sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perpatih di sini bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan kecil sekolah.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ketika mengumumkan perkara itu berkata peruntukan itu adalah untuk tahun ini dan ia melibatkan kerja-kerja seperti pendawaian elektrik, mekanikal dan penambahbaikan infrastruktur sekolah.

Beliau dalam masa yang sama turut mengumumkan pemberian sebuah bas sekolah bagi kegunaan pelajar di empat buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong iaitu SMK Seri Perpatih, SMK Palong 2, SMK Palong 7 dan SMK Alam Beraja.

Dalam ucapannya pada program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 DUN Palong di SMK Seri Perpatih, di sini, hari ini, beliau turut menekankan mengenai pentingnya amalan membaca di kalangan pelajar bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke Kolej Vokasional Juasseh, Kuala Pilah. - Bernama

Artikel lain:

Cikgu ini sebak terima sebatang lidi sate pemberian anak murid, rupa-rupanya...

Cikgu Hailmi kongsi cara bedah jantung lembu di makmal sains sekolah - Teruja nak tengok kaedahnya

Antara teknik pembelajaran abad-21, perkongsian guru cemerlang

Idea Sains, cikgu ini kongsi cara hasilkan 'Bubble Giant'