KUALA LUMPUR - Lebih RM600,000 telah disalurkan oleh Kementerian Pendidikan bagi membantu 1,661 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negara pada tahun ini.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata jumlah ini adalah sebahagian daripada peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta yang diterima kementeriannya bagi tujuan penyelenggaraan SAR, sekolah agama persendirian dan sekolah agama yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN).

"Secara keseluruhannya sebanyak 67 buah sekolah agama persendirian yang berdaftar dengan KPM dan 213 sekolah agama yang berdaftar dengan PBAN telah mendapat agihan peruntukan ini.

"Ia diagihkan berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pihak sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan KPM sebelum dinilai Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan diputuskan Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Peruntukan Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen semalam bagi menjawab soalan Awang Hashim (PAS-Pendang) yang meminta kementeriannya menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada SAR pada tahun ini. - Bernama

Artikel Menarik:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Lapan tip otak sihat, untuk jadi lebih bijak dan pandai

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau