KUANTAN - Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan pembelajaran pelajar sekolah yang terlibat dengan insiden pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor Bahrum tidak akan terjejas.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, langkah terbaik yang sesuai telah diambil Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi mengatasi masalah tersebut supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Malah, katanya, kementerian sentiasa mengikuti perkembangan isu tersebut secara dekat melalui jabatan pendidikan negeri.

“Kita sentiasa ambil perhatian dan pengumuman rasmi juga sudah dibuat dari masa ke masa.

“Malah, kita sudah mempunyai SOP yang ditetapkan berdasarkan pengalaman kita menghadapi isu yang sama sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kolokium Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM) Kebangsaan 2019 di Universiti Malaysia Pahang (UMP), semalam.

Pencemaran udara di Pasir Gudang menyebabkan semua institusi pendidikan terutama sekolah di situ ditutup sehingga esok untuk mengelakkan kejadian murid mengalami muntah-muntah dan sakit kepala.

Dr. Maszlee (dua, kanan) mencuba cabaran teknologi F1 selepas merasmikan Kolokium Pendidikan STEM Kebangsaan 2019 di UMP.

Tiga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Al-Maarif (dari kiri) Iskandar Zulqarnain Halim Musa, Mohd Akmal Nazeem Mohd Johari dan Mohd Izzat Sofwan Mohd Nazmi
memasang kenderaan pacuan empat roda kawalan jauh semasa mempamerkan projek cabaran pacuan empat roda di sekolah sempena Kolokium Pendidikan STEM Kebangsaan 2019 yang dirasmikan Dr. Maszlee di UMP, semalam. 

Dr, Maszlee Malik bergambar dengan hadirin selepas merasmikan Kolokium Pendidikan STEM Kebangsaan 2019 di UMP, semalam. Turut hadir Naib Canselor UMP Prof Ir Dr Wan Azhar
Wan Yusoff (duduk dua, kiri).

Baca:

Insiden guru rotan pelajar yang menggelarnya Cikgu Pondan, ini reaksi Dr. Maszlee

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Bekas pelajar tampil pertahankan tindakan guru

Tragedi bot terjunam ke dasar tasik - Perginya Cikgu Fauzi buat Cikgu Rahman rindu kenangan bersama

Guru ini kongsi 12 kelebihan masuk Tingkatan Enam, nombor tujuh pasti buat ramai tersenyum