SHAH ALAM - KPM sentiasa memberi perhatian kepada setiap sekolah di bawah kelolaan KPM bagi memastikan mereka mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi dan sentiasa mengambil tindakan yang bersesuaian sekiranya wujud kekosongan.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata urusan pengisian sentiasa dilaksanakan oleh KPM dari semasa ke semasa.

"Begitu juga dengan urusan persaraan, KPM memproses permohonan persaraan berdasarkan Seksyen 12 Akta Pencen 1980, Akta 227.

"Menyentuh tentang isu persaraan, isu ini bersifat lokal dan boleh dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak," katanya.

Beliau menjawab mengenai pengisian dan perjawatan termasuk penggantian guru yang pencen, kekurangan guru serta pampasan dan persaraan yang dibangkitkan oleh Ahmad Johnie Zawawi (Adun Igan, Sarawak), Syed Ibrahim Syed Noh (Adun Ledang, Johor), Willie Anak Mongin (Adun Puncak Borneo, Sarawak) dan Natrah Ismail (Adun Sekijang).

Sementara itu, Maszlee turut Walau memaklumkan bahawa keluarga Mendiang Cikgu Catherine Janet telahpun menerima pampasan Bantuan Kebajikan Mangsa Kebakaran iaitu Ganjaran Terbitan daripada pihak Kerajaan.

"Selain itu, keluarga mendiang juga telah menerima wang caruman daripada KWSP. Mendiang Cikgu Catherine Janet mula berkhidmat sebagai guru pada 2018 dan beliau belum memilih untuk bertukar kepada skim pencen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Artikel lain:

Cadangan mewujudkan perjawatan warden tetap di asrama akan dikaji

Insentif kepada guru yang menyambung pengajian ke peringkat master dan PhD

'Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan One-Off' - peringkat sekolah rendah dan menengah

KPM akan terus pastikan murid mendapat bantuan dan sokongan pendidikan relevan dengan keperluan

Biasiswa diberikan pelajar yang layak tanpa kira kaum, agama dan geografi