Putrajaya - Kementerian Pendidikan (KPM) prihatin dengan dengan isu melibatkan semua pekerja kontrak Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) termasuk beban tugas yang dihadapi pihak sekolah berikutan ketiadaan kakitangan berkenaan.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya sedang berusaha gigih menanganinya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media yang dihantar kepada GPS Bestari.

Katanya, KPM telah mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan pada 3 April lalu bagi mendapatkan peruntukan tambahan untuk kontrak Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK).

"Pada Mei lalu, KPM juga telah mengemukakan surat ulangan kepada Kementerian Kewangan mengenai keperluan peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion melibatkan kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK), KBK, kontrak Bekalan Makanan Bermasak (BMB) dan beberapa tambahan untuk item lain," katanya.

Menurut beliau, pada Mac lalu, KPM juga telah mengadakan perbincangan dengan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan pimpinan Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.

"Segala pandangan dan saranan yang dikemukakan semasa pertemuan berkenaan telah diberikan perhatian serius," katanya.

Artikel menarik:

Dr. Tengku Asmadi kongsi tip dorong pelajar belajar dengan mudah

Demi beri pendedahan, guru SMK Putrajaya Presint 14 (1) bawa pelajar ke Karangkraf

Dapat hadiah 'baju burung' sempena Hari Guru - Pemberian pelajar ini buat guru sebak

'Sini mak, Syikin kat sini, mak datanglah' - Gangguan satu suara buat Ustaz Malik ketakutan

Pasukan Pengakap Kelana A lancar derma kilat bantu ahli, murid Tahun Enam hilang tempat tinggal