Putrajaya - Kementerian Pendidikan (KPM) amat memandang serius akan aktiviti berbentuk propaganda anti minyak sawit di sebuah sekolah antarabangsa seperti yang dilaporkan oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim semalam.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin berkata, kejadian tersebut berlaku disalah sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur dalam aktiviti tahunan sekolah yang melibatkan persembahan murid yang telah diadakan pada Jun lalu.

"Penglibatan murid dalam aktiviti berbentuk propaganda ini jelas bertentangan dengan dasar negara dan boleh menjejaskan nama baik negara," katanya menerusi kenyataan media kepada GPS Bestari sebentar tadi.

Kata beliau, KPM tidak akan berkompromi dengan sebarang anasir propaganda dan indoktrinasi di institusi pendidikan swasta yang memburukkan imej dan nama negara.

Siasatan telah dijalankan ke atas sekolah yang terlibat dan tindakan berdasarkan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta550] akan diambil ke atas institusi pendidikan swasta tersebut.

KPM juga akan mengeluarkan surat peringatan kepada semua sekolah antarabangsa untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang.

Baca:

'Entah di mana Eman, kami risau' - Ibu murid SK Kuala Besut 2 buntu, anak hilang sejak Isnin

Tahniah! Guru Sains SK Sri Kiambang dinobat juara dunia pertandingan memanah barebow

'Tariklah saya ke syurga' - Pesan Cikgu Khairul dalam video tular peluk murid Pendidikan Khas

Sarawak tunggu dana Persekutuan bagi latih 3,000 guru ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris

Sultan Johor berkenaan biaya kos perubatan pelajar SMK Dato' Bentara Dalam