PONTIAN - Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak membenarkan pengedaran buku komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ kepada institusi pendidikan termasuk sekolah adalah berlandaskan undang-undang, kata Menterinya Dr Maslee Malik.

"Bab percetakan ini di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)...jadi, kita bertindak atas nasihat KDN.

"Sebarang komik politik, buku politik atau propaganda untuk diedar ke sekolah, kalau boleh kena melalui salurannya, kalau boleh melalui KDN kerana kita mempunyai undang-undang.

"Kita bertindak atas landasan kedaulatan undang-undang. Apa-apa hal, kita kena rujuk kepada KDN kerana bahan cetak ini ada dia punya akta sendiri," katanya.

Maszlee berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom sekolah 2020 oleh Yayasan Harapan Pontian di sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai 43 pemimpin akar umbi, termasuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri daripada DAP, semalam, yang membantah pengumuman melarang pengedaran komik berkenaan daripada memasuki sekolah.

Jumaat lepas, KPM menerusi kenyataan, menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberi kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ kepada institusi pendidikan termasuk sekolah. - Bernama

Artikel Menarik:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Lapan tip otak sihat, untuk jadi lebih bijak dan pandai

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau