9 JANUARI 2020

Seramai 53 pelajar daripada 24 sekolah di Pulau Pinang dijangkiti virus influenza.

Dua kelas Tahun Dua di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Hwa, Butterworth ditutup selama 11 hari.

10 JANUARI 2020

Sebanyak 21 kes influenza A dikesan di lapan sekolah seluruh Selangor sejak 1 Januari melibatkan 20 pelajar dan seorang guru wanita. 

11 JANUARI 2020 

Dua murid sekolah rendah di Pahang disahkan dijangkiti virus Influenza A.

12 JANUARI 2020

Seramai 89 orang murid prasekolah sehingga pelajar tingkatan empat di Johor disyaki dijangkiti influenza di enam daerah.

*Jumlah keseluruhan: 164 pelajar dan seorang guru

Artikel berkaitan:

Pegawai kesihatan pantau sekolah yang dikesan wujud jangkitan influenza A

Selangor pantau penularan virus influenza, akan tutup sekolah jika jangkitan makin serius