KUALA LUMPUR - Pengguna media sosial digesa untuk lebih berhemah dan tidak  menyalahgunakan platform terbabit sehingga menggugat keharmonian
negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata, hari ini media sosial amat dominan dalam kehidupan masyarakat sehingga terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakannya dengan niat untuk
memecah belah perpaduan kaum dalam negara.

“Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan berhemah. Sebarlah, kongsilah serta tularkan kisah-kisah positif yang boleh meningkatkan perpaduan negara supaya ia menjadi aspirasi dan ikutan masyarakat terutamanya golongan muda,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah My Hero 3.0 di Wisma Chamber di sini semalam.

Menurutnya, kerjasama serta penglibatan media  pelbagai bahasa juga adalah amat penting dalam mendidik  perpaduan.

Pada majlis sama, lima  individu daripada 13 peserta yang berjaya mara ke  peringkat akhir terpilih menerima anugerah My Hero 3.0 sementara selebihnya
memperoleh sijil penghargaan.

Dr Siti Hasmah (tengah) bersama Md Farid (berdiri, empat dari kiri) dan Leong Yap (berdiri, empat dari kanan) bergambar bersama penerima anugerah pada majlis Anugerah MyHero 3.0 yang diadakan di Wisma Chinese Chamber, Kuala Lumpur semalam. - Foto Rosli Talib

Lima hero tersebut ialah Jameyah Sheriff, Md Herman Saidin, Richard Wong  Yew King, Dr Norzah Ghani dan Cheah Kim Hock serta Rajendran A/L Velu yang masing-masing menerima hadiah RM5,000 serta trofi dan sijil penghargaan.

Md Farid berkata, lima penerima Anugerah My Hero 3.0 ini turut dilantik menjadi Duta Perpaduan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Majlis berkenaan dianjurkan bersama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCI) dan Nanyang Siang Pau sejak
2014.

Sinar Harian, Utusan Borneo, See Hua Daily  News, The Borneo Post, Orizon, The Sun dan Tamil Malar merupakan rakan media rasmi untuk majlis Anugerah ‘MyHero 3.0’.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal antara lima individu peroleh Anugerah My Hero 3.0]

Artikel menarik:

'Canteknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Murid Tahun Lima SK Hamzah hidap sakit buah pinggang kronik rayu sumbangan

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan