KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pemangku Menteri Pendidikan hari ini melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK), yang merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pembacaan rakyat di negara ini.

Menurut buku atur cara pelancaran DMK, melalui inisiatif itu, kerajaan akan memantapkan persekitaran  asas galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif selaras hasrat menjadikan Malaysia negara membaca dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Melalui slogan #Malaysiamembaca, DMK anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia itu memberi fokus untuk meningkatkan jumlah pembacaan, jumlah pembaca dan sasaran pembaca yang lebih menyeluruh serta melalui penglibatan semua peringkat masyarakat.

Ini memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan untuk menjadikan amalan membaca satu budaya untuk membentuk satu masyarakat yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat. - Bernama

Artikel Menarik:

Murid lain bersesak untuk pulang ke rumah tetapi dia bergegas ke surau untuk solat...Allahuakbar

Kredibiliti pengetua menentukan rentak dan irama sekolah

'Cutipun murid datang sekolah' - Rimba Kecil berjaya selesaikan masalah kehadiran SK Sayong Pinang

'Kerana sering gatal kepala, Cikgu Aisham nekad kutip kutu murid. Buang tepi jijik, kotor, geli'

'Tak sangka dia boleh lukis macam ni' - Guru Bahasa Melayu terkejut tengok buku karangan pelajar