KUALA LUMPUR - Jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan lebih daripada paras 100, semua aktiviti di luar kelas perlu dihentikan segera.

Sekolah hanya akan ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200 di bawah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan semalam berkata, sekolah hanya akan ditutup sekiranya IPU melebihi paras 200 di bawah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

“JAS juga membuat pemakluman dari masa ke masa kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Pendidikan mengenai status terkini IPU serta tindakan yang perlu diambil berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, bacaan IPU yang direkodkan pada jam 9 pagi semalam menunjukkan tiga kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, 64 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana dan satu kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu di Johan Setia, Klang dengan bacaan IPU 103.

Bacaan IPU tinggi dicatatkan di Nilai, Negeri Sembilan (89), Cheras, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang masingmasing mencatatkan bacaan IPU 85.

Sementara itu, JAS juga telah mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka dan meningkatkan pemantauan serta rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka melalui darat dan menggunakan dron.

“JAS akan mengambil tindakan tegas bagi kawasan kebakaran yang telah berlaku dan mengenal pasti pemilik tanah kawasan kebakaran yang terlibat untuk tindakan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974,” kata kenyataan itu.

Baca:

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Tiga bilik SK Taman Sri Pulai terbakar

'Dulu dia budak kelas belakang tapi sekarang anggota polis' - Perkongsian guru ini buat ramai sebak

Hari ke-14: Hari akhir Cikgu Hailmi di Geneva yang penuh dengan kenangan manis (4 foto)

200 pelajar di Perak sertai Pertandingan Robotik Kebangsaan 2019