KUALA LUMPUR - Persatuan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) sambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan sarapan percuma kepada 2.7 juta murid di seluruh negara pada tahun hadapan.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, ia dapat membantu perkembangan kognitif dan pertumbuhan fizikal murid dengan pemberian nutrisi yang baik dan berkualiti.

“Bagaimanapun kami mohon KPM memantau pengurusan pemberian makanan ini supaya pihak kantin dapat menyediakan makanan yang memenuhi spesifikasi ditetapkan agar tidak berulang seperti program RMT (Rancangan Makanan Tambahan) sebelum ini,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perlis menyifatkan pelaksanaan program berkenaan sebagai kaedah terbaik membentuk disiplin murid.

Pengerusinya, Noorizal Zakaria berkata, secara tidak langsung murid akan hadir lebih awal ke sekolah dan lebih bersemangat.

Artikel berkaitan:

Pengusaha kantin sambut baik cadangan kerajaan sedia sarapan percuma

Ibu bapa di Malaysia jimat RM2.3 bilion dengan Program Sarapan Percuma - Pakar ekonomi, reaksi PIBG