Kuala Lumpur - Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Seri Keramat mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk memeriahkan Karnival Keusahawan yang akan diadakan 28 Julai ini.

Setiausaha Karnival Keusahawanan, Cikgu Maryati Md Khalid berkata, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari tersebut yang pastinya berbaloi untuk disertai.

"Antara aktiviti menarik yang akan diadakan pada hari tersebut ialah tayangan filem, karaoke dan pertandingan mewarna.

"Ada juga permainan 'Bouncing Castle', bola sepak jalanan, 'Zorb Ball', mini dart, mini sumpit, memanah dan paintball," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf SMK Seri Keramat berkata, lebih menyeronokkan apabila kumpulan Projector Band akan turut membuat persembahan pada hari tersebut.

Katanya, karnival yang dianjurkan PIBG SMK Seri Keramat dengan kerjasama MZY Skytrue Pro ini diadakan bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Rohana Megat menerusi talian 0136503244.

Baca:

'Kenapa murid tdak dengar arahan saya? ' - Cikgu boleh cuba tip ini dulu

Link soalan percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Tip skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Lonjak B dan C menjadi A - Guru Tahun Enam ini kongsi tip berkesan belajar saat akhir