KUALA LUMPUR - Ibu bapa hari ini sibuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan secukupnya agar masa depan mereka terjamin kerana pada hemat mereka, kalau akademik cemerlang mudahlah nanti mendapat pekerjaan.

Bagaimana pun, menurut laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2016, 65 peratus kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah pada tahun itu dijangka mendapat pekerjaan yang belum wujud hari ini.

WEF juga meramalkan lebih lima juta pekerjaan akan hilang menjelang tahun ini dan trend itu dijangka berterusan.

Kalau begitu keadaannya, bagaimana hendak membantu anak-anak membuat persediaan yang mencukupi untuk suatu bentuk pekerjaan sekiranya ia belum lagi wujud?

PENDIDIKAN KALIS PERUBAHAN

Langkah utama tentunya untuk memastikan sistem pendidikan sentiasa ditambah baik mengikut peredaran masa agar generasi akan datang siap siaga menghadapi tuntutan tenaga kerja masa hadapan.

Salah satu matlamat Kementerian Pendidikan ialah untuk menjadikan graduan tempatan kalis perubahan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang sesuai, kemampuan tinggi serta nilai kemanusiaan melalui satu transformasi pendidikan.

Kementerian itu turut maklum bahawa globalisasi dan Revolusi Perindustrian Keempaat (IR 4.0) bakal mengubah lanskap pekerjaan masa hadapan dengan lenyapnya pelbagai jenis pekerjaan yang masih wujud hari ini.

"Kita akan memerlukan pelbagai jenis kepakaran untuk menghadapi berbagai bidang baru dalam menghadapi era IR 4.0. Maka, anak-anak perlu dilengkapi dengan teknologi IR 4.0," kata Maszlee Malik pada tahun lepas ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Pendidikan.

Bagaimana pun, beliau berkata, institusi pendidikan hari ini masih belum menawarkan kemahiran yang sesuai dan ini menyebabkan graduan Malaysia kurang laku di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Untuk menangani masalah itu, Kementerian Pendidikan kini mendapatkan bantuan pemain industri untuk membuat penilaian tahunan terhadap program dan aktiviti ko-kurikulum yang ditawarkan di institusi pendidikan tinggi untuk memastikan ianya menepati kehendak industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan.

Presiden Persatuan Industri 4.0 Malaysia, VKK Rajasekaran yang bersetuju dengan tindakan kementerian turut menyarankan kementerian berkenaan menyediakan kursus dan program yang bertepatan dengan kehendak IR 4.0.

"Lebih 60 peratus siswazah lepas pengajian masih menganggur selepas setahun. Ini sebahagiannya disebabkan ketakpadanan antara program (universiti) yang ditawarkan dan keperluan pasaran.

"Perlu ada anjakan selari dalam bentuk pendidikan di sekolah dan universiti kerana pada masa ini, apa yang sedia ada tidak menepati keperluan pasaran pekerjaan," katanya kepada Bernama, sambil menambah keperluan mengelakkan bakat tempatan ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik atau lumayan.

Namun begitu, tambah beliau, sudah ada universiti dan kolej tempatan yang peka terhadap keperluan industri dan menawarkan program sarjana yang antaranya mengajar reka bentuk Internet of Things (IOT), kejuruteraan robotik, sains data dan reka bentuk cloud computing.

"Bagaimana pun mereka perlu menguar-uarkan tentang kursus  sedemikian dan menggariskan kepentingannya dalam pasaran pekerjaan masa hadapan," katanya.

(Artikel ini ditulis sempena sambutan Hari Pendidikan Sedunia pada 24 Januari.)

SELAMATKAH MATA PENCARIAN KITA?

Artikel lain:

"Boleh saya dakap cikgu? Saya rindu ayah..."

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020

Cikgu Azlan kongsi tip mudah bina carta pai subjek Geografi

Cikgu ini kongsi cara hafal sifir dalam masa sehari - Murid pasti skor Matematik

Hafal formula 'Memori Mengarang', murid pasti skor Bahasa Melayu USRA