KUALA LUMPUR - Lulusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (spm) 2019 daripada kalangan kaum India digalakkan untuk mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi memenuhi keperluan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

"Saya harap tahun ini kita dapat permohonan lebih banyak kerana untuk tahun 2019, kita tidak terima permohonan yang mencukupi," kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Beliau berharap penyertaan lebih ramai kaum India di IPG akan memastikan SJKT mempunyai jumlah guru mencukupi pada masa akan datang.

Teo berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pentaksiran Bilik Darjah Guru-guru SJKT Daerah Hulu Selangor dan Gombak di SJKT Kuala Kubu Bharu di Kuala Kubu Bharu, kira-kira 60km, dari sini, semalam. - Bernama

Artikel Menarik:

Usaha guru ini cipta konsep pusat sumber DIY tarik minat pelajar ke PSS

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

Menusuk kalbu doa habis kelas.. ustazah ini kongsi kuasai hati, minda. Murid pun seronok!

Seronok cikgu dengan baju batik pun siap menari pusing-pusing lagi

'Saya terpaksa tinggalkan kamu semua...maafkan cikgu, maafkan cikgu'