KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menyokong kepimpinan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan masa kini dan menyarankan agar beliau dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan untuk menghabiskan tugas reformasinya kerana tugas yang dipikul oleh beliau merupakan satu tugas yang besar di Kementerian Pendidikan (KPM).

Setiausaha Agung NUTP, Lt Kol Bersekutu (PA) Harry Tan Huat Hock berkata, tanggungjawab Dr Maszlee amat berat kerana terpaksa melihat pelbagai permasalahan di bahagian-bahagian KPM yang terdiri daripada 41 bahagian.

"Antaranya Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional, Lembaga Peperiksaan Malaysia serta lain-lain lagi bahagian di KPM.

"Ini bermakna, beliau perlu menguruskan lima juta pelajar dan setengah juta staf," katanya menerusi kenyataan akhbar.

Dalam pada itu, NUTP mendapati permasalahan para guru yang diutarakan juga telah diambil perhatian oleh Dr Maszlee semasa sesi libat urus antaranya beban guru yang kini sudah mula dikurangkan.

Ini kerana NUTP sering dilibatkan dalam keputusan-keputusan dasar yang dibuat oleh KPM.

"Sebagai Kesatuan Guru terbesar di Malaysia yang mewakili 230,000 ahli, NUTP telah melihat banyak perubahan yang sedang berlaku di sekolah.

"Baharu ini, NUTP dapat menyaksikan kali pertama ibu bapa murid Tahun Satu, Dua dan Tiga mengambil laporan prestasi anak-anak tanpa keputusan markah peperiksaan kerana peperiksaan telah dimansuhkan. Mereka juga tidak lagi tahu nombor kedudukan anak-anak mereka di dalam kelas. Hal ini sekali gus telah mengubah cara fikir ibu bapa daripada berorientasikan markah peperiksaan kepada perkembangan pembelajaran murid secara menyeluruh," ujarnya.  

Artikel Menarik:

10 petua untuk guru yang bakal berpindah ke sekolah baru tahun depan

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

12 tip untuk guru baru dan yang bakal berpindah - Faham dan hadam

'Lima pesan saya kepada guru-guru yang baru posting'

Cikgu sebak bila baca kad pemberian murid Tahun Enam...tak sangka ini yang anak didiknya tulis