KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah yang bermula sejak Jun lepas akan menumpukan kepada empat nilai teras iaitu kasih sayang, kegembiraan, hormat menghormati dan tanggungjawab.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dr Mohamed Abu Bakar berkata, berteraskan empat nilai itu juga, KPM dapat menyediakan topik bersesuaian untuk dimasukkan dalam mata pelajaran berkaitan.

"Empat nilai teras ini sebenarnya diilhamkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sendiri dengan perbincangan dengan pakar yang terlibat.

"Nilai ini dipecahkan kepada beberapa topik kecil dengan penumpuan kepada isu berkaitan cabaran masa kini contohnya masalah sosial, kesihatan, pendidikan seksual, keselamatan jalan raya, hak asasi sebagai warganegara dan isu perpaduan,” katanya selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, Selasa lalu.  

Pendidikan Sivik dilaksanakan selama sejam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan
Sejarah. - Bernama

Baca:

Soalan mudah Matematik (Kertas 2) UPSR - Jika 'cuai' banyak markah akan hilang

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)

10 topik Sains ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar sains, Cikgu Zazolnizam

Bawa balik kerang cantik dari Pantai Tanjung Batu - Pelajar Tingkatan Dua meracau, diganggu