Guru serta kakitangan sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat melakukan simulasi aktiviti seperti pemeriksaan suhu badan, amalan jarak sosial, pembelajaran di dalam kelas dan pengambilan makanan di kantin sekolah sebagai persediaan untuk pembukaan semula sekolah esok di dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sekolah tersebut akan membuka sebanyak 15 kelas pelajar tingkatan lima di mana setiap satunya diduduki tidak melebihi 18 orang pelajar dan jumlah keseluruhan pelajar adalah 232 orang pelajar.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan esok, 24 Jun sebagai tarikh pembukaan semula sekolah melibatkan murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara - BERNAMA