KUALA LUMPUR - ‘Teach for Malaysia’ (TFM) sedang bekerjasama dengan Yayasan YTL sedang dalam usaha menghasilkan pembelajaran dalam talian yang menarik dan inovatif bagi memastikan pelajar di Malaysia terus belajar di rumah sewaktu penutupan sekolah akibat COVID-19.

Pengerusi TFM Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz berkata, melaksanakan pembelajaran dalam talian kepada komuniti yang paling mencabar, bertepatan dengan misi dan nilai teras TFM, di samping memastikan pengajaran berterusan di sekolah-sekolah, di mana tenaga pengajar TFM ditempatkan.

"Saya berterima kasih kepada Yayasan YTL dan FrogAsia yang memberikan kami peluang untuk membangunkan isi kandungan yang boleh dicapai semua, menerusi platform mereka dan saya menggalakkan supaya ibu bapa dan pelajar untuk mengakses sumber pembelajaran seperti Aplikasi Mudah Alih FrogPlay bagi memastikan mereka terus belajar,” katanya dalam kenyataan bersama TFM dan Yayasan YTL di sini hari ini.

TFM adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di Malaysia, dapat pendidikan yang cemerlang.

Kenyataan itu menyatakan, tenaga pengajar dan alumni TFM menggunakan pengalaman mereka mengajar di sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara, dalam usaha menghasilkan isi kandungan yang mudah diikuti dan menarik kepada pelajar, bagi memastikan tiada kanak-kanak yang tertinggal dalam pelajaran.

"Pembelajaran ini dibuat sesuai dengan kurikulum sekolah kebangsaan yang mereka terlepas ketika sepanjang penutupan sekolah. Pelajaran ini akan ditambah ke dalam bank pelajaran Bahasa Inggeris yang telah dilancarkan oleh FrogAsia minggu ini.

"Satu lagi rakan kandungan, Pelangi, telah menyediakan kuiz-kuiz di Aplikasi Mudah Alih FrogPlay dan juga akan menyediakan kandungan pelajaran untuk FrogAsia,” katanya.

Pelajaran TFM-FrogAsia boleh didapati di https://ytlfoundation.org/learn.

Kenyataan itu turut menyatakan pelajaran ini boleh dimuat turun bersama-sama dengan Aplikasi Mudah Alih FrogPlay secara percuma, tanpa mengira sama ada ibu bapa telah mendaftar untuk Yes 4G SIM di bawah inisiatif Belajar Dari Rumah yang dilancarkan pada 25 Mac.

Di bawah inisiatif ini, ibu bapa boleh mendaftar kad SIM 4G Yes percuma dengan data 40GB dan mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan Aplikasi Mudah Alih FrogPlay dengan lebih daripada 5,000 kuiz ulang kaji secara percuma. - Bernama

Tip menarik:

'Internet pun kurang capaiannya... kami belajar guna Whatsapp je,' - luah guru pedalaman Sarawak

50 latihan peribahasa disediakan Guru Cemerlang SBP Integrasi Kubang Pasu

Guru Cemerlang kongsi kuiz subjek Sains untuk pelajar Tingkatan Tiga dan Lima jawab

Ustazah Zulfa sediakan 10 soalan mudah untuk calon UPSR jawab – Boleh rujuk buku teks

Cikgu Mohd Azif kongsi set latihan Fizik untuk calon SPM ulangkaji sepanjang PKP

Latih tubi soalan objektif Matematik SPM 2020 – Perkongsian Guru Cemerlang